1 Malaysia? Islam universal.

October 4, 2009 at 12:42 pm | Posted in negara | 1 Comment

Sebelum sy pulang ke tanah air , sy sudah terdengar-dengar mengenai slogan 1Malaysia. Dalam surat tawaran KPLI pon sudah ada slogan tu. “1 Malaysia : rakyat Di dahulukan, pencapaian di utamakan.” Dalam hati, tertanya-tanya, ape mende laa  1 Malaysia ni. Tapi, secara jujurnya, sy sendiri tak pernah rasa pon slogan “rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan” tu di aplikasikan dalam situasi sy ingin menukar maktab. Tp, tak mengapa. Mungkin slogan ni baru sahaja di kuatkuasakan.

Hari Rabu, baru-baru ni, sy terpaksa mengikuti satu slot forum 1 Malaysia, di maktab. Alhamdulillah, tak sia-sia keterpaksaan sy itu. Huhu. Cumanya, sy tidak lah mengikuti keseluruhan forum tersebut. Hanya di bahagian-bahagian akhir sahaja sy mendengarnya betol2. Bukan apa, minggu ni juga, sy dan rakan2 perlu menduduki Ujian Kepegawaian Olahraga, yang baru sahaja habis pagi semalam(3oct2009). Alhamdulillah, selesai sudah ujian itu. Keputusannya terserah kepada Tuhan sahaja.

Haa.. mengenai forum tadi. Sy amat tertarik dengan isi penyampaian panel terakhir. Mengenai halangan-halangan dan strategi dalam melaksanakan 1 Malaysia. Beliau memulakan dengan mengulas isi yang di bentangkan panel sebelumnya. Mengenai, pengurusan kepelbagaian dan perbezaan amat penting. Beliau mengulas dengan lebih terperinci dengan menceritakan kembali kronologi sejarah Malaysia.

Tahun 60 an : Malaysia sibuk dengan isu-isu darurat. Waktu ni, zaman darurat.

Selepas itu: penyusunan semula Negara Malaysia. Wujudnya rukun Negara. Tahun ni merupakan tahun Dr Mahathiir memerintah. Pembangunan giat di jalankan. Perkembangan industry. Waktu ni, sudah ada banyak kemudahan.

Dalam setiap perkembangan itu, bermacam-macam manusia telah di bentuk. Jika nenek-nenek kita yang hidup pada zaman 60 an dan sebelum itu, mungkin kebanyakan mereka amat membenci penjajahan Jepun. Manakala, jika anak-anak muda yang lahir pada tahun 80 an dank e atas, memandang isu itu dari sudut yang berbeza. Mungkin mereka akan berkata, “kerana Jepun  laa kita maju nek. Jepun banyak tolong Malaysia membangun.”

Jadi, tujuan 1 malaysia adalah, ingin merapatkan jurang perbezaaan antara generasi-generasi ini. Inilah yang di maksudkan dengan pengurusan perbezaan dan kepelbagaian.

Apa halangan-halangan yang ada dalam menjayakan slogan 1 Malaysia?

1.isu persepsi dan pentakrifan makna 1malaysia

Lain orang, lain pendapatnya,lain pendiriannya,lain pandangannya terhadap 1 Malaysia. Lihat sahaja berapa banyak kelab-kelab dan persatuan yang berlainan kaum telah ada di Malaysia. Lain kelab, lain objektifnya. Jadi, kerajaan perlu bijak dalam menangani hal ini supaya tiada pihak yang di abaikan haknya atau pendiriannya.

2. pembangunan fizikal. Sy tak ingat sangat ini pasal apa. Mungkin pertambahan penduduk kot.

Strategi dalam mencapai kejayaan 1 Malaysia.

1.negara Malaysia perlu ada 1 sistem pendidikan yang selaraas. Mana mungkin kita ingin semua rakyat Malaysia mempunyai satu pemahaman daripada pelbagai sistem pendidikan.

2.gerakkan anak muda merentasi sempadan negeri. Perlu jelajah ke serata dunia. Jadi duta-duta kecil Malaysia, bawa nama Malaysia ke Negara orang. Jangan asyik duduk dalam negeri kelahiran sendiri tanpa ada rasa berani untuk mencuba perkara baru. ( hal ni amatlah terkena batang hidung sendiri dalam memikirkan tempat untuk posting. Harap yang terbaik dari Tuhan sahaja).

3. sertailah NGO! (non-government organization). Amat-amat menarik point ini. Alhamdulilah, sy sudah sertai salah satu NGO, iaitu ISMA. Tp, tak sempat nak bergiat aktif sangat lagi. Hujahnya, NGO ni di jadikan platform untuk kita bersuara, untuk sampaikan mesej. Orang ramai tidak akan dengar ucapan atau ceramah daripada orang yang tiada apa-apa nama. Sangat betol dan rasional hujah ini.

4. terakhir: perlu ada keberanian dan kesedaran sendiri dalam ingin menyampaikan tentang Malaysia kepada orang ramai. Apa-apa pon, semuanya bermula dengan diri sendiri dulu.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Inilah serba sediikit input yang sy dapat. Sy tak nak komen banyak isu 1Malaysia ni. Memang tujuannya sangat bagos. Itu sahaja yang sy mampu cakap. Tapi,ingin sy sentuh mengenai strategi itu tadi. Ia amatlah serupa dalam menyampaikan Islam. Sistem pendidikan itu memang perlu di selaraskan dan dalam masa yang sama kaum cina dan india (termasuk bukan islam) masih dapat menikmati hak-hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

Point kedua, bertebaran lah kamu di muka bumi. Bukankah Allah telah menjadikan ianya mudah bagi kamu? Semuanya sudah ada di depan mata. Hanya tinggal keinginan kita untuk terus bergerak menyampaikan ataupon tidak.

NGO. Di ibaratkan seperti satu jemaah. Mudah untuk kita bergerak & bekerja & menyampaikan. Dan terakhir, semuanya bermula dengan diri sendiri. Pembentukan individu. Memang benar kata-kata Allah. Islam itu universal. Tak perlu mencari yang lain.

Jika semangat kita berkobar-kobar untuk Malaysia, bagaimana dengan Islam? dalam segala hal yang kita pilih, letaklah Allah di kedudukan yang paling atas.

Advertisement

1 Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. [...] 1 Malaysia? Islam universal. October 2009 3 [...]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez. Fonts on this blog.
Entries and comments feeds.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.