Baking and blogging..after a long time..
September 19, 2010 at 7:00 am | Posted in Blogging, masak.makan.resepi | 3 CommentsEntah kenapa tiba-tiba aku jadi rajin pulak balik kampung kali ini. Bukan rajin apa pon sangat. Jangan expect lebih-lebih. Hehe.. Setakat tolong mak kat dapur dan tolong buat kerja-kerja rumah, sikit-sikit laa. Tak banyak.
Memang nasib mak aku agak baik. Aku pulang pada minggu terakhir ramadhan. Jadi, dengan semangat kerajinan aku itu, bolehlah aku melayan kerenah mak aku. Dia minta aku buat kuih raya. Aku layankan aje.Selagi ada resepi yang di beri, aku on jer. Hehe..
Kenapa tiba-tiba aku rajin ek? Mungkin kerana aku amat rindukan alat-alat baking ku. Mixer Kenwood yang aku beli sewaktu belajar di Australia. Cooking Gadget, Baking Gadget especially. Hehe..measuring cups, measuring spoons,digital weighing scale. Aku tahu, kesemua barang-barang tuh boleh aje aku beli di Malaysia neh. Namun, perbezaan dia adalah, setiap satu barang tu ada kenangan tersendiri sewaktu aku di Negara orang. Rasa seronok bila dapat ‘bermain-main’ lagi dengan barang-barang tuh. Teringat OZ. Aku lega kerana minat aku terhadap dunia baking masih belum pudar. Cuma aku tak tahu bila dan bagaimana untuk aku kembangkan minat aku tuh. Huhu. Biar jelas yer, ini minat bukan bakat ek..Hihi
Gara-gara nak lepaskan rindu aku kat OZ, sehari sebelum aku pulang ke JB, sempat pulak aku buat 2 biji kek. Haha. Tak pernah-pernah aku buat. Kek kukus coklat dan kek oren. Jangan salah sangka ye. Aku tak tahulah kek buatan aku tuh sedap ke tak kalau orang lain makan. Yang pasti, aku puas dapat bake sebiji kek. Haha. Aku hanya ikot resepi.
ok..ni hasilnya..
kek coklat ni kali kedua aku buat waktu cuti neh. first time ri tuh, aku terlebih rajin siap wat topping. kali ni, malas sket. hihi..
resepi kek coklat kukus.
250 g mentega
5 biji telor
1 cawan air sejuk
esen vanilla
2 cawan tepung gandum (*)
1 cawan serbuk koko (*)
1 sudu makan soda bikarbonat (*)
2 cawan gula halus( tapi, sy kurangkn kpd 3/4 cawan jek..hehe)
bahan bertanda (*) diayak bersama.
cara-cara:
Pukul mentega dengan gula sehingga kembang dan sebati.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. pukul sebati. masukkan esen.
Masukkan bahan-bahan (*) yang telah diayak. sedikit demi sedikit. diselang-selikan dengan air sejuk. mula dengan tepung, diakhiri dengan tepung. pukul sebati.
Akhir sekali, masukkan adunan dalam loyang atau tin. pastikan air dah mendidih dan dah keluarkan wap waktu ni yer. kemudian, kukuslah kek anda, smpai masak.
p/s: senangkan? hehehee..
kek oren ni lagik sedap kalau ada topping icing kat atas. nyumm..ak x cukop bahan nk wat topping. huhu..
ni resepi Kek Oren
| Round tin sizes | 7 inches | 9 inches | 11 inches | 13 inches |
| Square tin sizes | 6 inches | 8 inches | 10 inches | 13 inches |
| Butter | 180g | 360g | 720g | 1440g |
| Castor sugar | 150g | 300g | 600g | 1200g |
| Self raising flour | 170g | 340g | 680g | 1360g |
| Salt | a pinch | a pinch | a pinch | a pinch |
| Baking powder | 1/4 tsp | 1/2 tsp | 1 tsp | 2 tsp |
| Eggs | 3 | 6 | 12 | 24 |
| Orange juice | 3 tbsp | 6 tbsp | 12 tbsp | 24 tbsp |
| Orange rind (finely grated) | 2 oranges | 4 oranges | 8 oranges | 16 oranges |
Method:
Preheat oven to 170 degrees Celsius.
Beat butter and sugar till soft and creamy. Add eggs, one at a time, beating well after each addition. Add salt.
In a separate bowl, sift flour, baking powder and salt 3 times. Fold in the sifted ingredients into the creamed mixture alternately with orange juice, starting and ending with flour.
Finally add in grated orange rind and combine well. Pour batter into a greased and floured cake tin and bake for 35 to 40 minutes until a skewer inserted in the centre of the cake comes out clean.
Remove cake from oven and let it cool completely before decorating it.
p/s: sy wat ikot resepi round tin sizes, 7″. Tp, baking tin sy tuh size 8″. Pastu, sy tukar self-raising flour kepada tepung gandum biasa. Haha..sesuka hati tukar. Mak sy lah ni, hasut. Ngeh3. Not bad laa taste dia. Sy tak suka rasa self-raising flour. Hihi.
3 Comments »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a Reply
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez. Fonts on this blog.
Entries and comments feeds.




wah2… sedap nih..
kena buat lagi bagi cek rasa XD
Comment by senseino— September 27, 2010 #
heh! baru pasan komen masok..nmpak sgt da lame x bukak blog neh..huhu..
nk ase, meh..meh datang johor jaye..kekekke
Comment by kirakirakehidupan— December 2, 2010 #
[...] The busiest day of the year was December 22nd with 32 views. The most popular post that day was Baking and blogging..after a long time… [...]
Pingback by 2010 in review « ..::kira-kira kehidupan::..— January 3, 2011 #