suka duka 2010..
December 31, 2010 at 6:52 pm | Posted in Family, friends kawan sahabat, Muhasabah Diri | 2 Comments
2010 hampir melabuhkan tirainya, 2011 menjengah pula. Alhamdulillah, aku masih bernafas sehingga ke saat ini dengan nikmat kesihatan yang baik, kasih sayang dari insan-insan sekelilingku tidak pernah pudar, kerjaya yang baik… alhamdulillah..
Setiap insan akan mengalami suka-duka dalam hidup mereka,tidak terkecuali aku.
Coretan 2010 aku..
- Januari – pengajian aku di IPT, Kampus Pulau Pinang masuk semester kedua.
- Februari hingga April – bertugas sebagai guru praktikal di SMKA (P) Al-Mashoor Pulau Pinang
- May – perkahwinan kakak sulungku diadakan di Maran.
- Jun - pengajian aku di IPT,Kampus Pulau Pinang tamat.
- Julai – bermulanya kerjaya ku sebagai guru sekolah menengah di Johor Bahru.
- November – konvokesyen KPLI di Putrajaya.
- Disember – insan tersayangku pergi meninggalkan aku selamanya, bapaku kembali ke rahmatullah, pd 23 Disember 2010. kakak sulungku selamat melahirkan anak sulungnya pada 29 Disember 2010.
Aku mengharapkan yang lebih baik pada 2011. Kerjaya yang lebih baik, kesihatan yang sentiasa baik, rakan-rakan, keluarga sentiasa di sisi, dan semestinya iman dan pegangan hidup yang lebih mantap, insyaAllah.. Semua ini tak akan tercapai dengan usaha aku seorang. Aku perlukan Dia, Yang Maha Kuasa.. dan kamu, rakan-rakan ku..
Terima kasih kepada semua yang tidak pernah jemu menyokong aku, melayan kerenah ku, bersama-sama aku ketika susah dan senang.. saya sayang kamu,dia,awak,kalian!! Moga hidup kamu sentiasa di rahmati Ilahi.. amiin
Berusaha lebih baik untuk 2011!! ^^
2 Comments »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a Reply
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez. Fonts on this blog.
Entries and comments feeds.


Salam takziah,.trus tabah dan sentiasa kuat untuk 2011…
Comment by syafie— January 7, 2011 #
thanks!! all the best to you too..
Comment by kirakirakehidupan— January 7, 2011 #