our precious angel sumaiyah

January 23, 2015 at 10:29 am | Posted in baby, children, Family, pregnancy | Leave a comment

oktober 2014

aku di sahkan mengandung 2 bulan. ya Allah,terkejut.tak sangka. rasa tak bersedia untuk menerima berita ni. secara automatik aku menangis kerana takot aku tak mampu menjadi ibu yang baik bagi bayi yang tak berdosa ini. risau aku akan menjadi tidak adil kepada hero2 kecil ku di rumah dan si kecil yang belum menjengah ke alam fana ini. sangat takut. sampai aku stress. aku salahkan orang2 di sekeliling. sesi persekolahan tahun depan sudah aku risaukan keadaannya. belum apa2 lagi aku sudah gelabah tidak tentu arah. aku meminta suami merahsiakan berita ini daripada semua kenalan termasuk keluarga kami sendiri. sehinggalah aku betul2 bersedia untuk menerima hakikat bahawa aku akan menyambut kelahiran seorang bayi pada tahun hadapan…LAGI..

november 2014

aku mampu menjaga kandunganku sebaik mungkin. kadang2 aku ter’miss’ telan folic acid. dek kerana sibuk menguruskan hal2 sekolah dan anak2. aku mengambil mudah perkara ini. aku sangkakan semuanya tak kan apa2.

disember 2014

masa untuk aku buka buku pink. buku mengandung. kali ini aku hanya ingin lakukan di klinik swasta sahaja. tidak mahu beratur lama. tidak mahu mendengar leteran setiap nurse mengenai poor spacing anak2 kecil ku. sepatutnya aku sudah lakukan perkara penting ni di akhir bulan disember. ada sahaja halangan yang datang. 29dis-31dis aku sudah perlu berada di sekolah. akhirnya awal bulan januari 2015 perkara penting ini dapat ku laksanakan.

januari 2015

segalanya berlaku pada bulan ini. 2 januari, aku bertekad buku pink aku sudah ada di tangan. pergi check up seperti biasa di klinik swasta yang biasa aku dan suami kunjungi. check up berjalan lancar. kecuali ultrasound scan. mesin scan di klinik tersebut di takdirkan rosak. terpaksa aku kunjungi klinik yang lain.

klinik 2, scan. doktor menyatakan kerisauannya mengenai dia tidak dapat mengukur berapa besar kepala baby. dengan alasan dia tidak nampak solid line around the head. dan kononnya ada satu ‘shadow’ yang menghalang imej scan tersebut. dia tidak pasti mengenai itu.dia mengesyorkan aku kunjungi klinik lain untuk dapatkan scan imej 3D.dengan kadar segera.

mendengar kata2 doktor itu,aku bergegas ke klinik yang lain. untuk dapatkan imej 3D.

klinik 3, scan. perkataan pertama doktor tersebut ialah ‘aik?’. aku hairan.

“kenapa doktor?ada masalah ke?”

“errr..your babyyy.. tak ada scull di atas.. tempurung kepala tidak lengkap.”

aku berdebar. terkejut

“huh? jadik, bahaya tak doktor? perlu risau tak?”

“baby macam ni. kita perlu terminate lah”

“haa? terminate?apa maksud doktor?”

“kita perlu abort. coz baby kes ini tak akan survive kalau dia lahir. scull itu tak kan terbentuk dah”

“dia tak akan survive?tak ada cara lain doktor?”

“selalu kes macam ini disebabkan kurangnya acid folic.”

aku bertambah sedih.aku rasakan semua yang berlaku adalah kerana silap aku sendiri.aku lalai.aku cuai dalam menjaga perihal kandunganku.aku sibuk dengan dunia luar. dengan berat hati aku memberitahu suami. suami sedih. aku balik dengan perasaan yang hiba. tak ada selera untuk makan.

5januari, aku dan suami ke hospital serdang. kerana ingin mendapat rujukan doktor pakar. kami hanya dapat tarikh temujanji seterusnya iaitu 2minggu kemudian.tidak berpuashati dengan hasil tersebut,kami kunjungi klinik swasta pakar yang lain. selepas bertemu dengan doktor pakar tersebut, kami dapat gambaran apa yang sedang kami hadapi. kami perlu memilih untuk meneruskan kandungan ini atau tidak. walau apa keputusan yang kami ambil, bayi ini tetap akan meninggalkan kami. dia tidak akan dapat bermain bersama2 abang2 nya. kalau ada rezeki, aku mungkin dapat menyusukan dia sebentar.

kami berfikir. kami rasakan untuk meneruskan kandungan ini memerlukan courage yang sangat sangat tinggi. saya tiada semangat dan ketabahan setinggi itu. setiap hari memikirkan bayi di dalam rahim ini akan pergi sebaik sahaja dilahirkan. membayangkan betapa luluh dan hancurnya hati ini melihat bayi yang aku kandungkan selama 9bulan, bayi yang aku berusaha keras untuk melahirkan, segala jerit perih sakit melahirkan tak akan hilang tatkala melihat tubuh kecil itu menghembus nafasnya yang terakhir depan mataku. mungkin sempat dalam dakapanku. aku tak sanggup. perasaan ingin menyambut kelahiran bayi ini bagaikan satu tamparan hebat di mana aku juga perlu bersedia untuk melepaskan ia pergi. ya Allah dugaan apa yang Kau berikan pada ku ini..

jadi, aku dan suami sepakat untuk melepaskan bayi yang tidak berdosa ini pergi sementara ia masih kecil dan belum lagi merasai kesakitan ketika proses kelahiran.

20januari

aku di masukkan ke wad. ujian darah dilakukan. sedikit briefing mengenai prosedur diberikan. aku cuba menyiapkan diri. emosi.fizikal.mental. air mataku tidak berhenti mengalir.

21januari

ubat dimasukkan melalui vagina. langkah ini diulang sebanyak 5 kali sehari,selang 3 jam. ubat yang kedua aku sudah mula tumpah darah. ubat ke3 tiada perubahan.ubat yang ke4. sakit hendak bersalin semakin terasa. sepatutnya pukul 6ptg ubat terakhir yang kelima akan diberi. 30minit sebelum pukul 6, aku sakit perut seperti ingin membuang air besar. kesan sampingan ubat ini adalah diarrhea. sakit sangat perut sampai aku teran. tak ku sangka, keluar sesuatu dari vagina. kelihatan seperti jari2 kecil. ya Allah, terkejutnya aku. dengan bantuan nurse, aku berjaya melahirkan bayi yang tak berdosa itu. ia sudah tidak bernyawa. kecil. too fragile. tangisan penyesalan terus mengalir keluar.

22 januari

suami menuntut jenazah bayi kami di hospital dan terus menyempurnakan proses pengkebumian. dari proses memandikan, kafankan, dan sembahyangkan bayi. suami terus menamakannya Sumaiyah. kerana dialah serikandi kami yang pertama.

Buat puteri ibu Sumaiyah, maafkan ibu kerana telah melahirkan kamu dalam keadaan yang tidak sempurna di mata dunia. Maafkan ibu kerana tidak biarkan kamu terus membesar didalam rahim ibu. Ibu tidak layak untuk mengandungkan kamu selama itu sayang. Ibu tak mampu. Ibu lemah. Ibu takut. Maafkan ibu,Maya.

Moga kamu menjadi bidadari syurga yang cantik dan sempurna. Tunggu ibu di pintu syurga sayang.

pusara baby Sumaiyah

pusara baby Sumaiyah

mubeen is 2 yo ~

January 23, 2015 at 9:52 am | Posted in children, Family, love.married.marriage | Leave a comment

happy birthday my big hero mubeen hakeem!!

selamat hari lahir anakanda ku yang tersayang mubeen hakeem!

sannah helwah mubeen hakeem!

alhamdulillah..dua tahun sudah si kecil ni menjadi penyeri dalam hidupku dan suami. kehadirannya mengubat luka kami yang dahulu. menjadi tempat kami menghilangkan stress kerja. moga mubeen ibu membesar menjadi anak yang soleh, hamba Allah yang taat, manusia yang berjasa kepada agama bangsa dan negara.

ibu dan abah amat menyayangi mu ..mmmmuuaaahhh~~~

he’s 6mo already

October 27, 2014 at 11:01 pm | Posted in children, Family, Uncategorized | Leave a comment

waaah..da lama gila tak menaip kat sini.. mubeen da 21bulan. mikael da 6 bulan. alhamdulilah mereka membesar dengan sihat dan gembira.

alhamdulillah juga mikael masih menyusu badan. moga rezekinya untuk terus menyusu susu ibu dapat bersambung sampaila dia berumur sekurang-kurangya setahun. lagik lama lagik bagus.

mencabar betul jaga dua anak kecik ni. banyak kali kesabaran ku tertewas. kesian dorg. tiap kali aku hilang sabar,mesti aku melenting,marah. aku tau perbuatan aku tu tak membantu dorg pon. itula kelemahan aku ni. tp bila ada waktu dorg mood happy. dorg senyum.dorg gelak ketawa. dorg buat aksi comel. terus perasaan marah td tu hilang n di lupakan. adeiii..hebatnya aura budak kecik.

mubeen dan mikael, ibu doakan kamu jadi anak2 soleh ,membesar jadi penyejuk mata dan hati ibu abah.

ramadhan 2014

July 16, 2014 at 4:31 pm | Posted in Family, love.married.marriage | Leave a comment

alhamdulillah..dah hampir 3mnggu umat islam berpuasa bagi tahun ni..termasuklah aku..tahun ni berpuasa bersama keluarga mertua dan dua anak kecik.. sangat mencabar dan menguji kesabaran..

dua anak kecik ni masih lagi berjaga malam. tapi,elok pulak aturan Tuhan. yang si kecik tak kerap sangat berjaga malam dan yang si abang juga da tak sekerap dlu. banyak kali juga mereka ‘kejutkan’ aku dan suami utk bangun sahur. dan banyak kali juga aku bergilir sahur dengan suami gara2 mereka pun terjaga. jadi, bangun sahur tak de lah masalah sangat setakat ni.

waktu berbuka. hmm..yang ni agak mencabar. sebabnya si kecik memang nak kan perhatian waktu tu.peak hour dia. waktu dia mengamuk dan meragam. samada mahu di beri susu atau pun ingin di dodoi ,mahu tido.setakat ni boleh di kira jari aje aku berbuka dengan tenang..selebihnya berbuka sekadar ala kadar. kena ingat,orang palestine tak ade makanan nak berbuka tau! so,bersyukurlah dengan rezeki yang ada..

syukur sangat. duduk dengan mertua banyak meringankan beban aku terutamanya dalam penyediaan juadah berbuka..moga Tuhan membalas jasa baik keluarga mertua dengan sebaiknya dan moga Allah sentiasa lembutkan hati mak mertua untuk tidak berkira dengan aku dan keluarga..

minggu depan aku dah kembali bekerja. huhu.. mood cuti tak abes lagik ni..

he’s out!!

April 28, 2014 at 5:51 pm | Posted in children, Family, love.married.marriage | Leave a comment

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah…thank you Allah..

setelah sekian hari, saat itu tiba jua..

23 april 2014, 3.16pm, lahirlah seorang lagi mujahid ke muka bumi Tuhan ini.. nama di beri Mikael Adli.. moga membesar menjadi mukmin sejati, anak yang soleh, hamba Allah yang taat dan bertaqwa, penyejuk mata hati ibu dan abah, manusia yang berguna..amiin ya rabbal ‘alamin..

ok..sekarang dah ada dua anak..putera2.. maka hari2 ku makin dipenuhi dengan melayan kerenah mereka berdua..ooops! tambah lagi seorang hero,abahnya. I have 3 bodyguards now, hehe.. syukurr…🙂

moga keluarga kecilku sentiasa mendapat rahmat n berkat dari Allah s.w.t..

another boy is coming~

March 27, 2014 at 12:26 pm | Posted in baby, children, love.married.marriage | Leave a comment

alhamdulillah.. kami dikurniakan zuriat yang kedua..insyaAllah may nanti si kecik ni keluar.. huhu

perasaan? awal2 macam tak percaya, takut, risau, banyak jugak perasaan negatif..

lama-lama, rasa excited, terharu, syukurrrrrrr sangat2..

da nak dekat due, cuak la pulak.. anak dua ni, macam mana la nak handle.. ok ke.. mubeen ok ke..  fuhhh~ surprise pon ada..

hanya Allah yang tahu…

“Ya Allah yang Maha Pemurah,yang Maha Pemberi Rezeki, permudahkanlah urusan Nur Farahiyah Abd Wahab sepanjang tempoh kehamilan sehingga saat melahirkan dan membesarkan amanah kurniaanMu..permudahkanlah juga urusan buat  suami dan keluarganya dengan rezeki ini . Moga dengan pertambahan ahli keluarga ini menambahkan dan menguatkan lagi iman mereka ya Allah.. hanya padaMu kami meminta, kepadaMu jua kami kembali..amiin ya rabbal ‘alamin..”

feeling down~

February 9, 2014 at 10:29 pm | Posted in baby, children, Family | Leave a comment

mubeen is down with demam batuk selesema.. 3 serangkai.. ni bukan kali pertama dia sakit macam ni. da banyak kali batuk2. batuk yang berkahak.batuk yang susahkan dia utk bernafas. cuma kali ni, dia tunjuk muka orang sakit dan nampak lemah. kalau sebelum ni dia stilll lagi aktif.

risau. da cuba buat rawatan stim utk keluarkan kahak dan hingus. tp sikit je yang keluar. batuk still dengar bunyi kahak. demam pulak menyerang. p la klinik sebab apa jenis ubat pon da abes. kesian kat dia. asyik sakit sejak bertukar susu formula. sejak pernah kena warded dlu,selera makan pon kurang. makan memilih. tak kan kita nak paksa dia makan apa yang dia tak nak makan. lain la ubat. sebab itu memang doktor kasik utk sakit dia. kalau makanan, ibu dia la kena fikir option lain.

mungkin ibu dia masak tak sedap. tu yang dia tak makan. sedih hati ni bila ada orang yang cakap seolah-olah kita tak kasik anak kita makan dengan betul. betul ikut cara orang tu la. katanya kena bagi makan bubur,sayur. baru la anak tu kuat antibodinya. macam anak-anaknya. aku pernah masakkan bubur nasi campur segala macam benda. brokoli penah. carrot penah. kaki ayam penah. orang cakap kaki ayam bagus utk selesama budak.cepat baik.ikan penah.celeri.leek. carrot da tak bleh kasik sangat. mubeen poo poo keras. bubur nasi memang la sejak dia kena warded dia tak lalu makan langsung.

last2, aku tukar pasta. macaroni. makanla jugak 3 4 ketul. masakan melayu penah kasik. masakan western penah kasik. hampir semua masakan melayu mubeen luak sikit je. western lebih sikittt je dari melayu. tp kalau biskut ke roti ke buah ke, seronok la jugak tengok dia makan.walaupun main lagi banyak dari makan.

aku tak cukup mencuba ke? mungkin la jugak. aku fikir,dari membazir nasi aku masak bubur tu,baikla aku tukar menda lain yang tak membazir.

seriously, ibu mana yang suka tengok anak dia tak makan, ibu mana nak biar anak dia lapar? ibu mana yang sanggup tengok anak sendiri sakit? semua anak2 kecil sama ke? bukan tak nak terima nasihat ke apa. gaya dia bukan nasihat. tak tau hujung pangkal,terus menyerang. pastu siap compare dengan apa yang dia buat kat anak2 dia dulu. huaaaaaa….bikin stress ini macam..

sedihhhhhh….

mubeen hakeem is one year old today!!

January 23, 2014 at 9:21 pm | Posted in Birthday, children, Family | Leave a comment

alhamdulillah.. segala puji hanyalah untukNya,atas kurniaan-Nya yang tak terhingga. Genap setahun mubeen membesar depan mata kami. Gelak tawa, nangis, jatuh bangun mubeen, kebanyakan masa kami di situ. Thank you Allah. We couldn’t thank you enough.

Genap setahun yang lepas aku bertarung nyawa melawan sakit nak melahirkan seorang insan. Abah mubeen pon tak tido malam. Masuk fasa berpantang,tak cukup tido. Kadang tu stress pon ada. Rasa macam kitalah yang paling susah. what a childish thought! Makin lama hidup bersama mubeen, makin kami faham erti parenting. It is a never ending job. There will be ups and downs sometimes. Lumrah kehidupan. Semua pasti mengalaminya. Pembelajaran sepanjang hayat.

Moga setiap saat yang kami luangkan untuknya mendapat ganjaran pahala dari Allah. Menjaga amanah Allah ini satu tanggungjawab yang berat.

“Mubeen Hakeem, ibu dan abah sayang mubeen always. Membesarlah kamu menjadi insan yang mulia dan di redhai Tuhan”

03092013..second anniversary

September 3, 2013 at 4:18 am | Posted in love.married.marriage | Leave a comment

senyum lebar lebar.. alhamdulillah.. genap 2tahun pernikahan kami.. suka duka pahit manis gelak tawa riang gembira merajuk2 sket untuk dua tahun ni.. masih jauh perjalanan masih banyak yang perlu dipelajari.. masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki..

these two years, he still loves me.. and me love him too.. dearly.. hope this love will last forever and will always bloom every single day..

abang,

pada hari yang iron baju abang lambat, yang sengaja nak delaykan waktu abang pergi kerja. so that i can spend more time with you..hehe

pada hari yang masak tak sedap, yang sengaja nak tengok reaksi abang, marah ke suka ke. baru la ada conversation yang berlainan dari hari lain.

pada hari rumah kita berselerak, yang sengaja tinggalkan sebahagian kerja rumah untuk abang settlekan.. baru la ada konsep gotong royong dalam rumah.. hoho..

pada hari yang tido awal,tak tunggu abang balik kerja, ermm.. tu sebab memang da mengantuk sangat.. haha.. tapi, bila yang buka mata, abang da ada kat sebelah. tengah kejutkan yang bagitahu abang da balik. i like that! i lovveeee you do that!

i thank Allah for sending you in my life.. you complete me.. i love you so much.. tapi abang garang~ hehe..

he’s 6 m.o now

July 28, 2013 at 1:57 pm | Posted in baby, children, Family | Leave a comment

alhamdulillah.. our lil mubeen hakeem is now six months old.. not so little though, he’s 8.5kg already.but still tak nak meniarap.hmm.. ikot suka kamu la mubeen nak buat apa dlu..he tried once or twice, meniarap tu.. lepas tu, dia tak nak buat dah..

sekarang tengah try bagi dia fruit puree.. first attemp, pear puree.. dia buat muka pelik. sekali dua je dia rasa. pastu tak nak..

second attempt, carrot puree.. he accepted it quite well. maybe lepas ni boleh campor dengan susu ibu sket.

doktor dia cakap tak payah eager sangat kasik makan. takot dia obes. huha.. kasik puree buah je dulu ok kot..

bubur nasi tu lambat sket la..

 

Next Page »

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.