♥ ♥ ..from Korea with love.. ♥ ♥
October 26, 2011 at 12:31 pm | Posted in jalan-jalan, love.married.marriage | 2 CommentsAlhamdulillah.. hari ni adalah hari ke-5 saya di Korea menemani suami di sini. I am happy. ^^ Not only because I’m in Korea, but I’m with my husband in Korea after 5weeks living separately. Huhu.. memang dugaan betul hidup jauh2. Am really impress with the couples who have a long-distance-marriage.
Tapi, hari ni Mr Hubby working. Semalam pon working. Esok working lagik. Tinggal la saya sorg2 dalam bilik ni. Malas pulak nak jalan sorg2. Really wish he can take one more day off. huhu..
Here are some photos …^^
ok..itu gamba2 dari hari pertama jalan2.. baru skek tu. ada lagik from day 1st. fuh! leh cabot kaki. dah lama tak jalan kaki. hari pertama just pusing2 separo hari,tak larat. ehehe.. En Suami sabar jek melayan.. love you,abang.. sorry,I’m whining too much.. huhu.. nanti saya sambung lagik in my next entry,insyaAllah.. ^^
^__^
October 10, 2011 at 11:15 pm | Posted in Family, love.married.marriage, ngomel sendirian | 1 Commentsetelah sekian lama menyepi dari dunia blogging, tiba2 seruan untuk membebel di sini kembali lagi.paling last, bulan Januari.
alhamdulillah.. Mac aku di risik dan menjadi tunangan orang. Maha Suci Tuhan.. dengan limpah rahmatNya, pada bulan mulia, Syawwal 1432H, aku sah menjadi seorang isteri kepada suami tercinta, Mundzir Radin Umar.
namun, kami terpaksa berpisah seketika kerana tuntutan kerja. sob sob.. sedeyy.. setiap hari duduk merindu orang yang jauh.. dugaan dugaan.. tp, alhamdulillah dengan kurniaan perasaan ni,aku rasa lebih tenang, bahagia. harapnya ia berkekalan sehinggan syurga, amiiinn..
kami berkenalan tak lama. berkenalan melalui kawan. kami menikah pada 3sept2011. agak genap setahun kami berkenalan. alhamdulillah, ia berjalan seperti yang di impikan. tempoh pertunangan tidak terlalu lama, proses perbincangan di antara kedua-dua pihak berjalan dengan baik. namun, bak kata orang, sebelum berkahwin tu bukanlah segalanya berbanding kehidupan selepas berkahwin. itu sangat betul.sangat sangat betul.
banyak yang perlu dipelajari. memahami hati budi masing-masing. memahami keluarga mertua masing2. dalam waktu yang sama, cuba menunaikan tanggungjawab masing2 dengan baik,cuba memenuhi hak2 pasangan dengan baik..dan macam2 lagi.
okk..sekian ceritera kami.
PMR sedang berlangsung. SPM makin menjengah. peperiksaan akhir tahun juga tak lama dah. cikgu2 sibuk. makin sibuk bila bulan oktober tiba. supaya tahun ini berakhir dengan baik.
^__^
[mixed feelings]
January 12, 2011 at 8:37 pm | Posted in Family, sekolah | Leave a commentfuh! penat sungguh hari ni.. walaupun 2 kelas sahaja, tapi padat dengan kerja-kerja sampingan. Dengar bebelan orang atas lagik. Itu pon boleh menambah penat yang sedia ada.
Hari ni, hari kedua latihan rumah sukan aku diadakan. Kehadiran pelajar ,boleh tahan. Hari ni cuaca agak cerah, jadi latihan dapat dijalankan selama lebih dari 1jam. Banyak la jugak aktiviti yang pelajar-pelajar ni dapat buat. Seronok aku melihat gelagat mereka. Dah hilang rasa stress kerja pagi tadi. Aku bertambah semangat bila melihat semangat kesukanan mereka. Tak tahulah kalau aku syok sendiri. hoho..
Walaupun, awal-awalnya, aku mengharapkan hujan di petang hari(supaya latihan sukan dapat dibatalkan. huhu), alhamdulillah, dengan cuaca cerah, Allah bagi aku kegembiraan itu. Namun, aku perlu melalui sedikit kepenatan. keh keh keh.. Mana-mana kerja mesti ada penat kot.. kecoh je kan.. hehe..
Alhamdulillah.. aku seronok hari ni..
Ada juga yang bertanya padaku, “sudahkah kau lupakan arwah? ‘coz you look so fine..”
Aku hanya mampu menjawab, hati di dalam siapa yang tahu? manusia hanya nampak luaran. Hanya Allah yang tahu rahsia hati manusia. Berpegang pada itu, aku memilih untuk lebih banyak mengadu padaNya segala rinduku pada arwah, segala rasa perit kehilangan itu.. kerana hanya Dia ada penawarnya.. surah yassin & al-fatihah sentiasa menjadi pengubat rinduku pada arwah. Moga arwah bersemadi dengan aman di sana dan di golongkan bersama orang-orang yang beriman. Terasa seperti sudah lama beliau meninggalkan aku dan mak dan kakak dan adik..
i miss his voice..
i miss his laugh..
i miss the way he made fun of me..
i miss his jokes..
i miss his angry face..
i miss his clumsiness..
i miss him asking me about which car would i buy..
i miss the moment when my sisters and i, urut2 & picit2 his kaki & tangan yang bengkak2..
i just miss all about him, my dad.. my abah..
ya Allah,yang maha pengasih,cucurilah rahmatMu ke atas roh ayahku..
(still can’t believe i’m writing these..)
cintailah sungai kita ..=b
January 11, 2011 at 2:55 pm | Posted in Education, sekolah | Leave a commentalhamdulillah.. dah masok minggu ke-2 persekolahan. Ada 40 lebih minggu lagi. Tahun ni, aku telah di beri tanggungjawab untuk mengajar English Form 1 dan Mathematics Form 5. Hmm.. dua-dua perkara baru untuk aku. Salah satu cabaran untuk tahun ni. Harap-harap ianya berakhir dengan baik, amiin..
Tanggungjawab lain, seperti kokurikulum, jawatan-jawatan lain, itu perkara biasa bagi guru-guru sekolah. Semua pasti tak terlepas darinya. Moga aku dan rakan-rakan di beri kekuatan untuk memikul tanggungjawab kami sebagai pendidik dengan baik.
ok.. dah tak tau nak bebel apa.. sebenarnya dalam usaha untuk fikir lesson activity English neh.. huhu..
first poem is..The River..
setakat yang aku dah go through, macam menarik poem neh.. tapi, bila sampai part macam mana nak deliver dengan baik dan berkesan, otak jadik jammed! adeih..
here it goes..
The River by Valerie Bloom
The River’s a wanderer,
A nomad, a tramp,
He doesn’t choose one place
To set up his camp.
The River’s a winder,
Through valley and hill
He twists and he turns,
He just cannot be still.
The River’s a hoarder,
And he buries down deep
Those little treasures
That he wants to keep.
The River’s a baby,
He gurgles and hums,
And sounds like he’s happily
Sucking his thumbs.
The River’s a singer,
As he dances along,
The countryside echoes
The notes of his song.
The River’s a monster
Hungry and vexed,
He’s gobbled up trees
And he’ll swallow you next.
menarik? menarik kan..
In short, we can say that, there are positive and negative values which The River portrays.
positive values:
- it makes people happy (verse 4 and 5) with its beautiful sound.
negative values:
- it is a place where trash or rubbish are buried.(verse 3)
- it can harm people bila ada banjir or hujan lebat.. hehehe (verse 6)
we can reflect this poem with ourselves sebenarnya. manusia pon ada baik & buruknya juga. Tiada siapa yang sempurna kecuali kekasih Allah, Rasulullah s.a.w. Itulah contoh ikutan yang baik. Namun, kita sering cari idola2 di kaca tv. Mungkinlah orang boleh cakap, Rasulullah s.a.w hidup pada zaman unta adalah pengangkutan mereka dan tamar adalah makanan mereka.
Namun, mereka lupa ataupun tidak tahu, bahawa ada lagi tokoh-tokoh Islam lain yang dekat dengan zaman moden kita sekarang selain para sahabat Baginda. Contohnya, Imam Syahid Hassan al-Banna (ISHAB). Beliau adalah contoh terdekat. OK, dah jauh dari point asal. Nak cakap, yang 2 rangkap pertama ni, salah satu mesej yang nak di sampaikan, Valerie Bloom ni sifatkan The River tu sebagai suatu benda yang tiada hala tuju dan tiada motif di dalam hidup. Asyik ikut bentuk-bentuk permukaan di sekitarnya. Itulah sifat sebatang sungai. Itu sungai. Kita sebagai manusia, janganlah bersikap seperti itu.
Kita perlu tahu apa yang kita inginkan dalam hidup ni. Hala tuju kita. Matlamat akhir kita nanti apa.. hmm..macam tu lah lebih kurang apa yang sy dapat dari poem neh.. banyak lagi laa sebenarnya. Dah tak tahu nak write them in words macam mane. hoho.. ok..wish me luck.. trying hard tuk positifkan diri nih.. @_@
2010 in review
January 3, 2011 at 5:57 pm | Posted in Blogging | Leave a commentThe stats helper monkeys at WordPress.com mulled over how this blog did in 2010, and here’s a high level summary of its overall blog health:

The Blog-Health-o-Meter™ reads This blog is doing awesome!.
Crunchy numbers
A Boeing 747-400 passenger jet can hold 416 passengers. This blog was viewed about 1,800 times in 2010. That’s about 4 full 747s.
In 2010, there were 26 new posts, growing the total archive of this blog to 67 posts. There were 11 pictures uploaded, taking up a total of 3mb. That’s about a picture per month.
The busiest day of the year was December 22nd with 32 views. The most popular post that day was Baking and blogging..after a long time...
Where did they come from?
The top referring sites in 2010 were facebook.com, nurdiyana216.blogspot.com, search.conduit.com, senseino.wordpress.com, and underyourguidance.blogspot.com.
Some visitors came searching, mostly for halangan 1malaysia, halangan 1 malaysia, kek coklat kukus, resepi kek, and resepi kek coklat.
Attractions in 2010
These are the posts and pages that got the most views in 2010.
Baking and blogging..after a long time.. September 2010
2 comments
1 Malaysia? Islam universal. October 2009
family June 2009
di sebalik tabir.. July 2009
5
KISSM or KISS ME? June 2010
2 comments
thank you so much kepada siapa-siapa yang berkunjung ke kirakirakehidupan neh. secara tak sengaja ataupun sengaja..hihi.. tenkiu..tenkiu.. ni semangat nak berblogging lagik..keh keh keh
suka duka 2010..
December 31, 2010 at 6:52 pm | Posted in Family, friends kawan sahabat, Muhasabah Diri | 2 Comments
2010 hampir melabuhkan tirainya, 2011 menjengah pula. Alhamdulillah, aku masih bernafas sehingga ke saat ini dengan nikmat kesihatan yang baik, kasih sayang dari insan-insan sekelilingku tidak pernah pudar, kerjaya yang baik… alhamdulillah..
Setiap insan akan mengalami suka-duka dalam hidup mereka,tidak terkecuali aku.
Coretan 2010 aku..
- Januari – pengajian aku di IPT, Kampus Pulau Pinang masuk semester kedua.
- Februari hingga April – bertugas sebagai guru praktikal di SMKA (P) Al-Mashoor Pulau Pinang
- May – perkahwinan kakak sulungku diadakan di Maran.
- Jun - pengajian aku di IPT,Kampus Pulau Pinang tamat.
- Julai – bermulanya kerjaya ku sebagai guru sekolah menengah di Johor Bahru.
- November – konvokesyen KPLI di Putrajaya.
- Disember – insan tersayangku pergi meninggalkan aku selamanya, bapaku kembali ke rahmatullah, pd 23 Disember 2010. kakak sulungku selamat melahirkan anak sulungnya pada 29 Disember 2010.
Aku mengharapkan yang lebih baik pada 2011. Kerjaya yang lebih baik, kesihatan yang sentiasa baik, rakan-rakan, keluarga sentiasa di sisi, dan semestinya iman dan pegangan hidup yang lebih mantap, insyaAllah.. Semua ini tak akan tercapai dengan usaha aku seorang. Aku perlukan Dia, Yang Maha Kuasa.. dan kamu, rakan-rakan ku..
Terima kasih kepada semua yang tidak pernah jemu menyokong aku, melayan kerenah ku, bersama-sama aku ketika susah dan senang.. saya sayang kamu,dia,awak,kalian!! Moga hidup kamu sentiasa di rahmati Ilahi.. amiin
Berusaha lebih baik untuk 2011!! ^^
kau pergi…
December 29, 2010 at 9:54 pm | Posted in Family | 4 Comments
who would have thought, 23Dec2010, was the last day for him in this world.
Terasa sangat kejap masa berlalu. Masih banyak lagi perkara yang ingin aku lakukan bersama beliau. Namun, Allah lebih sayangkan beliau.
Detik-detik akhir beliau bersama kami..
- Arwah disahkan mengidap barah hati tahap 4 pada bulan Mac 2010.
- Sejak dari tu, beliau keluar masuk hospital kuantan. Namun, tiada rawatan khas dilakukan seperti chemo. Alasan doktor, sel barah sudah merebak ke organ lain di dalam badan arwah. Rawatan kemoterapi, tidak sesuai dilakukan. Arwah keluar masuk hospital hanya untuk kekalkan tahap darah dan air yang normal di dalam badan.
- Pelbagai alternatif lain sudah kami cuba. Kami juga pernah ditipu. Duit beribu habis di beri kepada penipu itu. Hanya Allah yang mampu mengadilinya. Segala alternatif itu hampa.
- Kami mendapat berita mengenai target therapy yang mungkin boleh pulihkan sakit arwah ketika itu.
- Pada bulan September, beberapa hari selepas raya, kami membawa arwah ke hospital kuala lumpur, untuk mendapatkan target therapy tersebut. Rupa-rupanya, ubat tersebut memerlukan kami membuat permohonan dan perlu menunggu. Tidak tahu mana silapnya, ubat di tunggu sehingga ke bulan Disember.
- Aduan telah dibuat, keluar masuk hospital berkali-kali, soalan demi soalan telah di tujukan kepada doktor mengenai ubat tersebut. Mungkin mereka rasa, keadaan arwah tidak sesuai untuk ubat tersebut. Mungkin mereka sengaja tangguhkan. Memberi kami harapan palsu. Namun, ini semua telah tertulis olehNya.
- Jumaat,17Dec2010, doktor memberitahu mak, bahawa arwah tak lama da. Kami semua amat terkejut. Terkilan. Sedih. Pada ketika itu, arwah masih di hospital kuala lumpur. Sudah seminggu arwah di situ. Kami bergegas ke hospital, menemai arwah sehingga ke hari Ahad.
- Ahad,19Dec2010, arwah minta untuk pulang ke Maran. Ingin bersama-sama kami semua.
- Isnin,20Dec2010, ramai kawan-kawan arwah datang melawat. Begitu juga hari Selasa 21Dec2010. Rabu pun lebih kurang. Dalam pada itu, sempat lagi orang datang rumah untuk jual ubat yang bukan-bukan. Macam-macam dugaan yang datang.
- Rabu yang sama, 22Dec2010, petang itu, arwah mengadu sudah tak tahan dengan semput dadanya. Arwah ingin ke hospital untuk dapatkan bantuan oksigen. Dengan bantuan, jiran , arwah di bawa ke klinik maran , dan kemudiannya ke hospital temerloh.
- Gula dalam badan arwah sangat sangat rendah. Air gula dimasukkan. Concentrated gula dicucuk. Bila sudah agak stabil, barulah arwah dipindahkan ke hospital temerloh.
- Arwah tak banyak cakap waktu itu. Arwah hanya tanya, bila boleh pergi hospital temerloh? Dah boleh bertolak ke? Lama lagi ke?
- Nampak beliau sangat penat dan tak larat. Sampai sahaja di Temerloh, keadaan arwah diperiksa sekali lagi. Dugaan datang lagi. Dengan sikap doktor yang tidak pandai jaga hati pesakit dan keluarga pesakit, agak lancang mulutnya, dengan keadaan wad yang serabot dan sesak. Arwah hanya mampu menahan sakit dan penat.
- Setelah segalanya selesai, lebih kurang jam 2pagi, aku dan adik-adik pulang ke rumah. Arwah tak cakap banyak waktu tu.
- Jam 6 lebih, aku dikejutkan dari tidur , akk ku memberitahu berita yang mengejutkan itu. “farah..farah..bangun! abah dah tak ada!!”
- Selesai solat subuh, kami bergerak ke hospital temerloh, menemani mak di situ. Tubuh abah kaku terbaring di atas katil semalam… abah pergi dalam tidur. Moga itu yang terbaik.
Selepas dari bulan September, aku jarang bergambar dengan arwah. Keadaannya jauh berbeza dengan gambar-gambar di atas. Sangat kurus, sangat lemah badannya.
Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..amiin
“cooking is therapy”.. really??
December 12, 2010 at 8:21 pm | Posted in masak.makan.resepi | Leave a commentBeberapa hari ni, rasa macam ‘mendung’ je hari-hari saya. Huhu.. Usaha mencari punca, bertemu jalan mati.
Tapi, hari ni, tiba-tiba rajin la pulak nak bake something to relieve my gloominess. Ngeh3..
resepi asal amik dari sini.. Rachel Allen nye recipes and method sangat mudah dan ringkas. Sesuai la untuk orang yang baru nak belajar macam saya neh. Hihi..
Hasil dari saya.. macam neh..hehe.. hodoh sket..
Kalau tengok resipi Rachel tuh, sapu cream dalam tuh, mana-mana swiss roll jual kat kedai pon, ada cream. Memang silap besar la saya tak letak cream. Adeih.. Taste dia tak berapa mantap aaa tak de cream yang menggemukkan tuh. kekeke.. Lain kali, boleh buat lagi dengan cream plak. Hihi..
Dah selesai baking, barulah lega sket kemurungan saya neh. haha.. alasan? tak kot, ada bukti yang menyokong.. ni bukti ..
haa..menarik? ^^
yang menarik tuh.. cooking helps to reduce stress.. heal a broken heart!
think about that eh.. ^_^
félicitations..^^
December 4, 2010 at 6:04 pm | Posted in Education, friends kawan sahabat, praktikum, sekolah | Leave a comment
Ntah macam mana nak baca tuh,copy paste dr google translate aja..ekekeke..félicitations!
erm, 23Nov2010, saya dan rakan-rakan KPLI yang lain, menghadiri majlis konvokesyen Diploma Perguruan di Putrajaya. ^^ Kebanyakan di antara kami, ini merupakan konvo kali ke-2. Harap ianya bukan kali terakhir..amiin~
Menghabiskan masa setahun di maktab, menghadapi kerenah para pensyarah yang pelbagai, cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran yang amat berbeza dari negara orang, mengatasi tekanan beban kerja yang melampau,sistem pengurusan yang ‘pelik-pelik’..dan macam-macam lagi pengalaman pahit-manis yang kami perolehi. Namun, ia berakhir dengan baik, alhamdulillah..segala puji hanyalah untuk Allah, Pemilik seluruh alam, Pemberi rezeki.. kami tidak akan berada di sini tanpa rahmat dan pertolongan dari-Nya.. moga keberkatan itu sentiasa mengiringi kehidupan kami sebagai pendidik.. amiin
All the best my friends!
when December comes..
December 2, 2010 at 11:59 pm | Posted in ngomel sendirian, sekolah | Leave a commentwah..wah..2purnama sudah saya tinggalkan blog ni.. kesiaan dia.. huhu.. maaf juga kepada yang berkunjung (as if ramai yang berkunjung kan~ hehe) , namun tiada apa-apa update.
alhamdulillah…alhamdulillah..alhamdulillah.. hampir tamat sudah sesi persekolahan bagi tahun 2010. Beberapa minggu sahaja lagi, sesi 2011 akan bermula. Semakin banyak cabaran dan dugaan yang menanti. Hampir 5 purnama saya bertugas di SMK Taman Johor Jaya (1), ternyata perjalanan saya dalam bidang perguruan, masih jauh… Boleh saya katakan, 5 purnama yang pertama ini, hanyalah separuh atau satu per empat daripada pengenalan kepada alam perguruan.. Baru pengenalan. Belum isi-isinya lagi. Hmm.. More suspense events coming~ hope i could face them alright.. overcome all difficulties.. amiin~
Target dan matlamat baru perlu di buat? di bina? di wujudkan? tak kesahlah perkataan yang mana satu,yang pasti..i need to set a new goal for 2011..doakan saya eh..
mode: cuti sekolah..^^
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez. Fonts on this blog.
Entries and comments feeds.


















